30 APRIL 2009 – Aku hidup buat sekali lagi


Tanggal ini adalah amat berarti buatku kerana ia merupakan salah satu hari yang bisa membuatkan aku tertawa riang dan melupakan kisah lama. Dengan harapan untuk melupakan kisah lama dan aku pun mengenali dirinya. Memang tidak dinafikan yang dia sangat mudah untuk dibawa berbicara apatah lagi untuk dibawa berbincang. Dia memberikan nombor telefonnya kepadaku dan saat itu kami mulai berhubungan sesama sendiri.

Ianya kelihatan lebih baik daripada punya pacar tapi ngak pernah memikirkan perasaanku. Yang hanya ada dipikirannya cuma kepentingan dirinya dan keegoannya yang terlalu ketara dimataku tapi tidak dirasakan olehnya. Kerana dia surat larut dengan keangkuhannya. Kebenaranku selalu tertutup oleh kata-katanya yang selalu dipikirkannya benar walhal dia sudah jauh menyimpang dari topik asal. Aku masih ingat dahulu, dimana aku terpaksa redha dengan keinginannya dan aku terpaksa melepaskannya walaupun aku tidak rela. Tapi saat ini aku bersyukur kerana aku telah berbuat sedemikian. Mungkin kerana saat itu aku masih terlalu muda untuk memikirkan soal hati. Mungkin itu juga hanyaCinta Monyet sama seperti anak-anak muda yang lain yang mana melafazkan kata-kata manis tapi tidak ada kesudahannya.

Lupakan saja tentang dia, kerana dia sudah menjadi salah satu sejarah dalam hidup aku dan aku tetap berterima kasih kepadanya kerana telah melakarkan satu lukisan indah dalam hati aku. Rasa sakit itu tidak harus aku biarkan menjadi dendam kerana dia juga manusia yang berhak untuk mendapatkan yang lebih baik. Dan jauh disudut hati ini, masih menanti kepulangannya. Dan aku ikhlas akan hal ini.

Dikala menanti hari bahagia yang tak mungkin datang. Dan aku trus coba mencari penganti dirinya. Dan hari ini mungkin bisa tersenyum lagi kerana DIA. DIA yang dimaksudkan bukanlah “dia” yang dulu. Tapi dia adalah orang baru dalam hidup aku. Dan ya, aku sangat gembira mengenalinya. Seperti insan-insan bercinta yang lain aku juga sama, aku cuba melepaskan kerinduan kepadanya melalui sms. Hoho..! Dia boleh buatkan aku tersenyum walaupun dengan lawak jenakanya yang tak seberapa. Usikan manja sesekali membuat pipiku tersimpul lebar.

Tetapi, aku mulai risau akan dirinya yang selalu bekerja hingga ke lewat malam. Dan tidur malamnya yang tidak cukup kerna harus bangun awal pagi untuk bekerja semula. Aku faham dengan situasinya kerna dia juga ada membicarakan hal ini kepadaku. Aku faham kalau dia benar-benar maksudkannya. Apa yang penting aku harus tetap menasihati dia agar tetap mengutamakan dirinya lebih dari segala kepentingannya dan jaga kesihatan. Niatnya tinggi untuk keluarganya dan aku akan tetap sokong sepenuhnya dan berikan dia semangat walaupun tak seberapa kerna aku tau kelebihan diriku mahupun dirinya. Tekadnya kuat dan begitu juga aku, walaupun aku tau meski ada insan lain yang lebih baik dari aku disekitarnya dan sudah pasti boleh mengugat aku dalam hal ini.

Dan saat ini aku masih bersamanya,disuatu hari nanti jikalau hari gelap itu datang lagi dan aku tidak akan pernah menyesal karna sudah mengenalinya. Itu bukanlah disebabkan oleh kata-kata indah yang sudah dilafazkannya tapi hati budi dan rasa ambil pedulinya kepadaku. Dan kalau dia benar-benar ikhlas kepadaku dan aku teramat sekali bersyukur kepada Tuhan. Meski pun Tuhan tidak menyetujui kami. Kerna diri ini pun sudah biasa dengan keadaan “ditinggalkan”. Dan satu yang kuharap darinya, maka dia jagalah dirinya disaat aku lagi tiada bersamanya dan moga dia terhindar dari segala macam bencana dan musibah. Ku mohon juga kepada Tuhan agar menghindarinya dari segala macam kesusahan dan musibah. Kerna aku disini tetap akan mendoakannya.

Btw 8 1410 203, 314 9816314

‘Snave Guy Lavoie Kadek Bayu JR